Selasa, 13 Mac 2012

Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara


Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.

Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.

Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.

Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.

Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.

Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah. 

(Sumber : Malaysiakini)

Isnin, 12 Mac 2012

Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel
















Majlis pertunangan anak perempuan PM Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. 
"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh YAB Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO),"  Pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah. Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu

NONE














NONE



































*Betapa kayanya PM kita..tu baru majlis tunang belum lagi majlis kahwin. 


(Sumber : Malaysiakini)


Suami YB Menteri didakwa pecah amanah




NONE

 KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen hari ini atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat.

Ia melibatkan wang bernilai RM49 juta namun beliau tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Dakwaan dibacakan ke atas Mohamed Salleh dengan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membuat pengumuman akan meletakkan jawatan kabinetnya semalam, duduk di tempat pemerhati awam dalam mahkamah itu.

Turut serta dalam mahkamah adalah anaknya, Izmir yang turut menjadi pengarah dalam NFCorp tetapi dua lagi anaknya, Izran dan Izzana tidak kelihatan.

Pagi tadi tersebar berita pengarah NFCorp akan didakwa di mahkamah sesyen hari ini.
Semalam Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila tamat tempoh perlantikan beliau sebagai senator 8 April nanti.

Namun, ramai yang tidak bersetuju beliau meletakkan jawatan kerana beliau sebenarnya tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh tersebut.

Ekoran berita itu, hari ini media menyiarkan pula berita pemimpin kanan NFC akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.

Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp yang mendapat pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.

Ketika membentang laporannya hujung tahun lalu, Ketua Audit Negara menyatakan, ada masalah yang sedang menyelubungi projek ini.

Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat termasuk pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura, kereta mewah serta perlancongan mewah yang melibat wang NFC.

Ia bertentangan sama sekali dengan tujuan pinjaman mudah ini diberikan iaitu projek memajukan penternakan negara melalui pusat fidlot nasional.

Ahad, 4 Mac 2012

Alahai Datuk Dr Mashitah,,,,

Dulu ramai benar yang nantikan penampilannya di kaca TV..Tapi sekarang beliau telah dilabelkan oleh setengah pihak sebagai "tukang fitnah seks dan porno kepada Pemimpin PR melalui artikel seks dan lucah di akhbar tempatan"dan beliau juga dinobatkan sebagai ustazah simbol seks".  Itulah natijah yang terpaksa dihadapi bila menceburkan diri dalam bidang politik. Ingatkan dia dapat mengubah imej para pemimpin wanita dan Isteri-isteri pemimpin Islam kerajaan BN khasnya isteri PM dan Menteri Komunikasi yang nampak sangat tidak senonoh rambut mereka tapi sebaliknya beliau jauh berubah dari seorang pendakwah yang lantang kini menjadi tokoh yang dibenci khasnya bila beliau mempersendahkan Hukum Hudud.