Jumaat, 15 Jun 2012

Lebih setahun hidup bergelap - Pahang - Sinar Harian

Lebih setahun hidup bergelap - Pahang - Sinar Harian

Mengapa tiada tindakan ke atas Musa Aman?



Laman web "Sarawak Report" dalam beberapa artikel sejak bulan April 2012 telah mendedahkan Datuk Seri Musa secara sistematik merompak harta pusaka rakyat Sabah sejak tahun 1996 dengan mengaut keuntungan haram melalui rasuah jualan balak.

Dalam satu artikel bertarikh 10 Jun 2012, "Sarawak Report" telah mempamerkan dokumen-dokumen yang mendedahkan Datuk Seri Musa telah menyimpan wang haram yang dianggar melebihi USD90 juta di bank-bank di Hong Kong dan Zurich.


Kami difahamkan bahawa kes tersebut telah disiasat badan anti-rasuah di Hong Kong iaitu Independent Commission Against Corruption (ICAC), yang menyatakan bahawa Datuk Seri Musa telah menggunakan sistem "money-laundering" melalui beberapa ajen - termasuklah Michael Chia dan peguam Richard Barnes - serta akaun-akaun di luar negara untuk cuba menyembunyikan identiti beliau.

Pada masa yang sama, "Sarawak Report" turut mendedahkan terdapat usaha melengahkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes rasuah ini yang dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. Untuk makluman semua, Tan Sri Abdul Gani Patail juga mempunyai pertalian persaudaraan dengan Datuk Seri Musa Aman.

Maka KEADILAN menggesa pihak-pihak bertanggungjawab memberi penjelasan berkaitan hal-hal yang berikut:

1) Demi membuktikan sama ada dakwaan "Sarawak Report" adalah benar atau tidak, Datuk Seri Musa Aman wajib membuat deklarasi aset sepenuhnya dalam masa yang terdekat, termasuklah segala aset dan harta yang disimpan dalam semua akaun-akaun bank di luar negara di atas nama beliau ataupun ahli-ahli keluarga terdekat.

2) SPRM wajib perjelas status siasatan ke atas Datuk Seri Musa Aman, sama ada pihak ICAC ada meminta bantuan siasatan di bawah "Mutual Assistance in Criminal Matters Act (2002)" berkaitan kes rasuah ini, serta apakah tindakan lanjut pihak SPRM berkaitan skandal ini.

3) Tan Sri Abdul Gani Patail wajib menjawab dakwaan bahawa beliau telah melengahkan siasatan SPRM sama ada secara langsung ataupun tidak, hingga mengakibatkan pihak ICAC tidak dapat mengambil tindakan terhadap Datuk Seri Musa.

4) Difahamkan siasatan terhadap bank UBS AG, yang didakwa membantu menyalurkan wang haram ("money-laundering") Datuk Seri Musa, akan bermula di Switzerland - mengapa Kerajaan Malaysia kelihatan seperti enggan melaksanakan sebarang tindakan undang-undang berkaitan dakwaan rasuah Datuk Seri Musa Aman?

Kenyataan Media oleh:

YB Nurul Izzah Anwar,
Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden KEADILAN

YB Tian Chua,
Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden KEADILAN

YB Sivarasa Rasiah,
Ahli Parlimen Subang merangkap Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

Darrell Leiking,
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN


source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/mengapa-tiada-tindakan-ke-atas-musa.html#ixzz1xsBSxawF

Rabu, 13 Jun 2012

105 kerusi 'di tangan', PR yakin boleh dapat majoriti mudah



Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperoleh sekurang-kurangnya 105 kerusi Parlimen dengan selesa, dan boleh menambah tujuh lagi kerusi untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRu13).

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, pihaknya meletakkan keyakinan itu berdasarkan perkembangan demografi dan sokongan pengundi termasuk di Johor, Sabah dan Sarawak.

"Ini bukan lagi harapan, tetapi keyakinan. Kami yakin boleh memperoleh 105 kerusi selepas menolak beberapa kerusi, kemungkinan tiga hingga empat kerusi yang kami miliki sekarang boleh kalah, tetapi kami akan menang di tempat-tempat lain.

"Pada pilihan raya umum 2008, kami (PR) menang 82 kerusi. Status quo jumlah kerusi 2008 akan kekal, selepas tolak dan tambah kerusi yang akan dimenangi dan kemungkinan kalah, kami yakin akan memperoleh kerusi tambahan di Johor, Sabah dan Sarawak," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian.

Secara purata, katanya, Rafizi berkata, PR boleh memperoleh 24 kerusi, masing-masing lapan dari Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Johor, daripada 26 kerusi Parlimen, sebanyak 18 kerusi berada dalam bahaya, kesemua kerusi-kerusi yang mempunyai pengundi campuran," kata beliau.

"Kalau tengok keadaan 'mood', saya yakin kami boleh mendapat lapan kerusi di Johor.

"Begitu juga di Sarawak, dengan mengambil kira perkembangan politik dan prestasi pilihan raya negeri tahun lalu, kami boleh memperoleh tambahan lapan kerusi Parlimen dan begitu juga di Sabah," katanya lagi.

Rafizi melahirkan keyakinan itu khususnya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim di Sabah dan Sarawak.

Pada PRU12, PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan Pas, pembangkang menang satu kerusi Parlimen dan 25 oleh BN.

Di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing menawarkan 25 dan 31 kerusi, BN memperoleh 54 kerusi.

"Kira-kira 100 daripada 140 kerusi dimenangi BN empat tahun lalu datang dari tiga negeri ini," katanya.

SPR: Pengundi sama nama, alamat bukan 'klon'

NONE







Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.
Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara (bawah).

Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang (bawah).

NONE
Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584.

Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad.

Mampukah Rafizi Rampas Kawasan Parlimen Pandan ?


Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan.
Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi.
Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum.

NONENama Rafizi juga tidak putus-putus meniti di mulut pemimpin lain yang berucap, termasuk ADUN Teratai Janice Lee serta anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua dalam ucapannya di program dihadiri lebih 2,000 orang itu berkata, DAP tidak akan bertanding di kerusi Pandan kerana yakin dengan Rafizi yang disifatkannya sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab.

Ketika ditemui selepas itu, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang.

Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya.

Cabaran sengit bertemu Tee Kiat
Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Kemaman pula di saat terakhir.

"Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir... Tapi orang Pandan tahu saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya.

NONERafizi mengakui bahawa beliau akan berdepan cabaran sengit di kerusi tersebut, yang kini disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Namun beliau yakin PKR akan mempunyai peluang yang baik di kawasan kerusi campuran dengan 25 peratus golongan miskin bandar dan 50 peratus golongan pengundi muda itu.

"Saya rasa keputusan 2008 bukan disebabkan Ong Tee Keat tetapi kerana pengundi memilih berdasarkan kaum.

"Pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi referendum kepada BN.

NONE"Ong Tee Keat mempunyai sokongan kuat tapi kita akan pecahkan undi masyarakat Cina," katanya lagi yang terpaksa menghentikan perbualan dengan wartawan beberapa ketika untuk melayan permintaan individu yang ingin bergambar dengannya.
Beliau yakin, strategi kempen dengan menonjolkan jenama Pakatan itu akan membuahkan hasil untuk memecahkan blok pengundi berkenaan.
Selain Sabak Bernam, Pandan merupakan kawasan parlimen yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya lalu di Selangor.

Jumaat, 25 Mei 2012

Anak Menteri Malaysia Yang Kaya Raya



"Celik mata mamat ni sudah hidup dalam dunia yang serba mega kemewahan mewarisi kemegahan ayah beliau sebagai ahli parliman dan tokoh korporat. Seawal umur 20an mamat ni telah menakluki kehidupan korporat dan keparat dan seawal umur 30an beliau boleh dikategorikan sebagai jutawan muda mewarisi tradisi ayahnya. Nama beliau di abadikan di beberapa jalan di Taman Maluri. Cuba kita lihat seawal umur 20an dan 30an bagaimana anak-anak VVIP ini menggunakan kapasiti mereka sebagai broker saham untuk merembat wang dari beberapa hasil jual-beli saham singkat.Apabila Rafizi membangkitkan isu KJ sebagai penasihat Pak Lah semasa PM dan bagaimana wang PETRONAS sebanyak RM237 Bilion dibelanjakan semasa Debat PTPTN, aku teringat bagaimana KJ terlibat dalam urusan jual beli ECM Libra dan mendapat untung 9juta
Begitu juga dalam kes Harvest , bagaimana anak Najib Nazifudin di kaitkan dan digunakan dengan jual/beli singkat saham. Begitu juga berapakah juta kah nilai saham 30% Anak Nazri,  Mohd Nedim dalam Petrol One dan syarikat-syarikat beliau yang lain. Ini hanya beberapa kerat anak VVIP yang hidup sebagai mafia seperti Mohd Nedim dan hidup dalam dunia mereka. Seperti juga anak-anak Shahrizat mereka ini hanyalah proksi warisan keluarga apabila pencen nanti jika kesampaian.
Berbalik kepada WiraDani, beliau mungkin adalah diantara anak pemimpin UMNO yang terkaya setakat ini dan untuk membongkar bagaimana mereka boleh terlibat dengan pengkhianatan yang ayah mereka lakukan ? Kuburkan UMNO dan BN masa PRU13


DATO’ MD WIRA DANI BIN ABDUL DAIMChairman & Non-Executive DirectorAppointed on 30 April 2012



Dato’ Md Wira Dani Bin Abdul Daim (Dato’ Wira) was appointed to the Board on 30 April 2012 as Chairman and Non-Executive Director.

Dato’ Wira is actively involved in his family’s merger and acquisitions business activities. These activities relate to power resources in the coal and oil sectors in Malaysia, Indonesia and Africa, as well as the flagship banking assets and the strategic alliances associated with it. Currently, he is the Chairman of Astute Capital Limited and a Director of Dani Sdn Bhd, Daza Holdings Sdn Bhd, Menara Ampang Sdn Bhd, Iku Kota Development Sdn Bhd, Maya Seni Holdings Sdn Bhd and Central Base (M) Sdn Bhd that are private companies incorporated in Malaysia. He is also a Non-Executive Director of SGX Main Board listed Liongold Corp Ltd.

Dato’ Wira was a Non-Executive Director of Byford International Limited, a company whose shares are listed on the Growth Enterprise Market of the Hong Kong Stock Exchange, and a Non-Executive Director and Deputy Chairman of Magnus Energy Group Ltd, a company whose shares are listed on the SGX-ST Catalist.

Dato’ Wira holds a Bachelor of Arts and a Master of Arts from the University of Cambridge.
Board of Directors


KLSE Bursa Malaysia & Dow USA: OpportunitiesFresh impetus for some
Written by Isabelle Francis
Friday, 04 November 2011 12:19

PETALING JAYA: The emergence of new, politically connected shareholders and directors appears to be giving fresh impetus to selected small counters on Bursa Malaysia amid the current weak market sentiment.

The companies that have seen politically linked figures come on board in recent months include Harvest Court Industries Bhd, Envair Holding Bhd and Sanichi Technology Bhd.

The three counters, two of which are listed on the ACE Market, saw significant price movements on high trading volume in recent weeks. What is interesting is that all three companies made losses in their last financial years.

Mohd Nazifuddin Najib, the son of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, was appointed a non-executive director of Harvest, which was lifted from its PN17 status in December 2009, at the end of October.

Nazifuddin is also chairman of Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd, best known as the developer of the 1Borneo mall in Kota Kinabalu, Sabah. Sagajuta has several ongoing projects including 1Sulaman and 1Likas in Kota Kinabalu, and 1Gateway in Klang. Its controlling shareholder and managing director is Datuk Raymond Chan Boon Siew.

Both Chan and Nazifuddin joined Harvest’s board on Oct 28 after Chan emerged as a substantial shareholder of Harvest 10 days earlier, when he acquired 23.808 million shares, or a 13.85% stake, at 20 sen per share.

The value of Chan’s stake has since tripled, with the stock closing at 64 sen yesterday as investors anticipate he may inject Sagajuta’s assets into Harvest was awarded a contract by Sagajuta for the supply of door leaves for some RM7.03 million.

Chan’s entry into Harvest follows the abortion of earlier plans to inject Sagajuta into Jerneh Asia Bhd.

About a week prior to Chan and Nazifuddin’s appointments, the company received an unusual market activity (UMA) query from Bursa Malaysia on Oct 17.

In response, Harvest said it is unaware of other developments, apart from the discussions between managing director and shareholder Ng Swee Kiat and Affin Bank Bhd for the proposed purchase the entire shares and warrants held by Affin in Harvest.

The query, however, did not stop Harvest shares from rising further, especially after the two appointments.

The counter reached a new high yesterday of 64 sen, a 760% premium to its recent low of 7.5 sen on Sept 26, 2011. The counter gained 334% year-to-date (YTD) compared with 509% in the last three months on an average daily trading volume of 8.34 million.

It is worth noting that for the whole of last year, Harvest posted a net loss of RM2.82 million from a net profit of RM12.16 million a year ago.

While the company posted a net profit of RM168,000 in 2QFY11 ended June 30, it is still in the red for the nine-month period with a net loss of RM678,000.

Envair, meanwhile, appointed Mohd Anuar Mohd Hanadzlah, the brother of Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Mohd Hanadzlah executive director.

The loss-making Envair, which manufactures, sells and services clean air and containment facilities, made headlines recently when it unveiled plans to sell two million barrels of light crude oil per month to a Chinese company for a five-year period, in a deal worth some US$182 million (RM573 million) per month.

Envair was asked by Bursa Malaysia to clarify the deal. This was one of a number of queries from the exchange on Envair’s announcements since Oct 13 that it wanted to venture into the oil and gas business.

The company has also announced that ZAI Corporate Finance Ltd, a London-based investment banking firm, was interested in subscribing to up to 30% of its share base under a private placement exercise. There have been no updates on this development.

Envair posted a net loss of RM290,000 in 2QFY11 ended June 30 and a net loss of RM816,000 for the nine-month period. For the whole of FY10 ended Dec 31, it made a net loss of RM5.38 million.

Envair shares gained some 204% over the three months on an average trading volume of 1.26 million. YTD the counter put on some 407% to settle at 35 sen yesterday.

ACE Market-listed Sanichi Technology Bhd saw the emergence of Datuk Mohd Wira Dani Abdul Daim, son of former finance minister Tun Daim Zainuddin, as a new substantial shareholder three months ago.

Wira Dani recently bought 10 million shares or 6.12% of the loss-making precision moulds and tools maker for RM6 million or six sen per share. The transacted price was about 20% below the market price 7.5 sen at the time.

Sanichi’s share price shot up by as much as 10% after Wira Dani bought into the company in early August.

But over the recent three months, Sanichi lost over 47% to close at 5 sen yesterday. It reached its 52-week high on Aug 4, 2011 at 11.5 sen and its low of 3.5 sen on Dec 22, 2010.

Sanichi is still in the red with a net loss of RM14.93 million in FY11 ended June 30 on the back of RM9.44 million revenue.

Also notable are two counters that have seen significant movement in their share prices of late: GPRO Technologies Bhd and DVM Technology Bhd.

Interestingly, the reason behind the price movement of both companies appears to be centred around one individual: Christian Kwok-Leun Yau Heilesen.

The movement in its share price prompted Bursa Malaysia to query GPRO Technologies earlier this week.

In response, GPRO said it was not aware of any activity that may have contributed to the unusual price movement and yet, the counter settled at 23.5 sen yesterday, translating into about 200% gain YTD.

To recap, GPRO, whose market capitalisation is barely RM24 million, saw the emergence of Heilesen as a new major shareholder, when he bought 38.23 million shares or a 15.29% stake in the ACE Market-listed IT firm recently.

Heilesen acquired the shares on the open market for RM3.25 million or 8.5 sen each in early September. At current prices, the value of his stake has appreciated nearly three times.

This is the second ACE Market- listed loss-making company that Heilesen has bought into in less than two months. The first was DVM, which he later sold down in less than three weeks in August.

Heilesen made news last month when he bought into DVM and requested an EGM to remove four directors from the company’s board. However, he sold down his stake barely two weeks after the share purchase.

To recap, Heilesen, a Danish national, and Raymond Yip Wai Man from Hong Kong emerged as substantial shareholders in DVM via the acquisition of its shares on the open market. Both had a combined interest of close to 20% in the company before selling down their stakes.

While the duo were picking up shares on the open market, the company’s single largest shareholder, Datuk Goh Kian Seng, was paring down his stake to 5.05%.

DVM closed at 7.5 sen yesterday, an increase of more than 40% YTD, but down 73.2% from its recent high just three months ago.

It reached a high on Aug 2, 2011 of 28 sen, which was a 409% premium to its record low of 5.5 sen last November.

Pemuda PAS kumpul di NST bantah laporan 'bapa kafir'



Kira-kira 70 penyokong Pemuda PAS hari ini berhimpun di hadapan ibupejabat News Strait Times di Bangsar kerana membantah penyiaran laporan berita yang menggelar Mursyidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai bapa kafir.

NONESambil menuntut supaya akhbar berkenaan menarik balik laporan tersebut dan membuat permohonan maaf, mereka mengadakan gimik dengan memijak dan mengoyak akhbar berkenaan.

Perhimpunan selama lebih 30 minit bermula jam 2 petang itu, diketuai Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan turut disertai beberapa exco Pemuda termasuk Kamaruzaman Mohamad dan Mohd Sany Hamzan.

"Berita itu tidak dapat diterima oleh PAS dan umat Islam," kata Khairul Faizi dalam uacapannya sambil diiringi laungan "jahanam NST" dan "boikot NST".
NONEMenurutnya lagi, sekiranya akhbar berkenaan enggan berbuat demikian, pihaknya mengancam untuk membakar akhbar itu dalam perhimpunan PAS pada 1 Jun ini di Kedah.

Sebelum itu, mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.

Mereka membawa poster antaranya tertulis: "Damn You NST" dan "Boikot NST".

Khamis, 24 Mei 2012

Menteri Kena Hentam Oleh Artis Di Facebook





Artis artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu. Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

Kelmarin, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang penyertaan PAS kepada TG Hj Abdul Hadi Awang. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada UMNO BN yang telah sekian lama memeperkudakan PDRM untuk pertahankan kuasa mereka. Sebelum daripada ini beberapa orang artis seperti Bob Lokman, Aisyah dan Sham Kamikaze telah mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PAS.

"saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja?" - hairie othman 

Rabu, 23 Mei 2012

Kata Rugi Tapi Boleh Buat Cabutan Bertuah BMW dan Lamborghini



NONE
Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang. Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

Debat isu hapus hutang PTPTN tidak konklusif




Debat di antara pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli dan juga ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada malam tadi jelas berkisar mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang melalui Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Namun tiada jawapan konklusif yang dapat disimpulkan daripada hujah berhubung isu yang diperdebatkan – sama ada negara benar-benar akan muflis sekiranya rancangan tersebut dijalankan.


Rafizi ketika membuka gelanggang berkata, rancangan untuk memberi biasiswa sara hidup RM5,000 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi awam berjumlah 450,000 orang hanya akan menelan kos RM2.32 bilion setahun.Dengan menghapuskan RM24 bilion hutang melalui PTPTN pula, kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion untuk tempoh 15 tahun, katanya dalam program debat anjuran akhbar Sinar Harian itu.

Khairy semasa gilirannya selepas itu tangkas memberi gambaran bahawa negara akan mengalami kerugian dan muflis seperti negara Greece sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dan melaksana rancangan untuk memberi pendidikan tinggi percuma seperti itu. Katanya, langkah untuk menghapuskan hutang pelajar daripada PTPTN itu mustahil untuk dilaksanakan dan akan menelan kos RM30 bilion, bukannya RM24 bilion seperti diuar-uarkan Rafizi. Khairy turut merangkum kos yang perlu ditanggung sekiranya kesemua tawaran Pakatan dalam dokumen Buku Jingga dilaksanakan. Jelasnya, subsidi yuran kepada 1.4 juta pelajar di institut pendidikan tinggi swasta, seperti dirancang Pakatan Rakyat akan menela kos sebanyak RM60 bilion. "Nak sara hidup pada rakyat, saya kira-kira dalam RM25 bilion. Kalau nak ikutkan kena buat pinjaman – bon kerajaan – dengan bunga 3.7 peratus, untuk 10 tahun. "Tiap-tiap tahun perlu bayar RM6 bilion. Jumlah keseluruhan yang dicadangkan Pakatan-PKR ialah sebanyak RM185 bilion. (Jumlah itu) bahagi 10, jumlahnya ialah RM18 bilion setiap tahun," katanya.

Kataya, tawaran itu mustahil untuk dilaksanakan, termasuk rancangan untuk membina 10 buah universiti baru yang akan menelan belanja sehingga RM2 bilion bagi setiap satu universiti dan menjadikan jumlah keseluruhan RM20 bilion.

Katanya, kos pengurusan untuk sesebuah universiti, seperti Universiti Sains Malaysia (USM) akan menelan belanja sehingga RM31 bilion.

Kenyataan tersebut disambut oleh Rafizi yang berkata, anggaran RM2 bilion untuk membina setiap universiti hanyalah "anggaran oleh Umno."

Katanya, kos untuk membina universiti antarabangsa di Malaysia seperti kampus Universiti Monash juga hanya menelan kos RM200 juta.

"(Timbalan menteri pengajian tinggi) Datuk Saifuddin (Abdullah) ada di depan ini boleh sahkan bahawa Universiti Monash buka kampus pada tahun 2007, dengan fakulti yang mencukupi untuk kapasiti 5,000 orang menelan belanja RM200 juta," katanya.

Bekas pengarah CID sertai PAS untuk 'perjuang Islam'


Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata bahawa tujuannya menyertai PAS adalah untuk "memperjuangkan Islam mengikut lunas demokrasi yang dibenarkan."

"Mudah-mudahan akan menjadi ruang untuk menyokong perjuangan yang baik," katanya ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berhubung penyertaannya ke dalam parti itu.

Fauzi, 62, juga menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menjadi calon pilihan raya, walau beliau dijangka akan membawa pengaruh besar ke dalam parti itu.

Tambahnya, beliau mahu membiarkan isu berhubung penyertaannya ke dalam parti itu reda terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan lanjut.

"Saya sehari dua ini tidak mahu menghangatkan dulu. Biar sejuk sikit," kata Fauzi lagi yang menerima banyak reaksi daripada pelbagai pihak, antaranya daripada Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Presiden persatuan itu, Shafie Bakri antara lainnya dilaporkan berkata, tindakan Fauzi itu mengkhianati kerajaan dan mengguris hati golongan bekas polis. Fauzi menyertai PAS secara rasmi pada Ahad lalu selepas menyerahkan borang untuk menjadi ahli PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Larut, Perak. Beliau menyertai PAS selepas enam tahun bersara daripada khidmatnya dalam Polis Diraja Malaysia.

Selasa, 22 Mei 2012

Siapa Hebat ? : KJ VS Rafizi


 
KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

Sabtu, 19 Mei 2012

Abby Abadi Berada Di Pentas Ceramah Pas





Abby Abadi ( Isnp. Aliza) Bekas pelakon Siri GERAK KHAS akan bersama sama di Pentas Himpunan Pemuda Islam Rhu Rendang, di Pantai Rhu Muda, Marang 



Rabu, 16 Mei 2012

BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH PDRM (CID), DATUK FAUZI SHAARI, DENGAN RASMINYA MASUK PAS


Pada hari Ahad 20hb Mei 2012 ini, secara rasminya bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia, Datuk Fauzi Shaari akan masuk PAS. Satu upacara khas akan diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak dimana YBhg Datuk Fauzi Shaari akan menyerahkan borang kemasukan ahlinya kepada Presiden PAS sendiri, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang.

Isnin, 14 Mei 2012

BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik


Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat. Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

Berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

NONE
Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Untungnya Jadi Anak Menteri Malaysia



Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

~ kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi yg brjumlah 9 org.
~ pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.

KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ

~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~ baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount kiara.
~ Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada 2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan trlajak ke dalam kes2 jenayah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~ pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan dijalankan.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~ pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan pmbelanjaan RM79,053.
~ bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.
~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.
~ seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~ abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~ slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz, Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati Quortoporudi dan Alphard

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.
~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.
~ terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2 pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan itu.
~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.
SEBEGINILAH MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN, SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI  DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....


Sumber : http://siasahkini.blogspot.com

Sabtu, 12 Mei 2012

Esok Hari Yang Dinanti-nantikan Ramai Pihak




Spekulasi berhubung tarikh pilihan raya giat diperkatakan susulan ucapan perdana menteri di masjlis sambutan ulangtahun Umno, Jumaat lalu bahawa beliau terasa seperti ingin segera mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen. Spekulasi di blog dan SMS itu antaranya dikutip akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa tarikh ilihan raya diramal pada 9 Jun manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei, lapor akhbar tersebut yang Najib juga diramal akan membubarkan Parlimen pada Isnin, menurut laporan tersebut yang memetik satu sumber. Ramalan itu juga dibuat berdasarkan tempoh cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei, menurut laporan tersebut .

Bersediakah Umno hadapi PRU13 bulan depan ?


ULASAN Sambutan ulangtahun ke-66 Umno selama tiga hari mulai hari ini, menjadi tumpuan utama, bukan sahaja di kalangan ribuan ahli Umno yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil mulai hari ini, tetapi juga rakyat di seluruh negara yang mengharapkan ucapan presiden parti itu malam ini, akan menyingkap sesuatu jawapan terhadap penantian mereka selama ini.

Dan ia adalah jawapan kepada persoalan bilakah pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Mereka mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi 'bayangan' mengenai tarikhnya.

Di kalangan ahli Umno, apa yang menjadi tumpuan utama perhatian mereka ialah sejauhmana persediaan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum yang dianggap paling perit yang pernah dihadapinya selepas merdeka.

Dan sudah tentulah antara ahli Umno yang datang itu termasuk mereka yang membawa harapan besar agar dilantik semula bertanding dalam PRU13 dan mereka juga yang berharap akan tersenarai sebagai 'calon boleh menang'.

Sebelum ini, pemilihan calon dalam Umno, tidaklah sesukar sekarang. Sebelum ini, mereka yang menyandang jawatan di peringkat bahagian, terutamanya ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan Wanita merupakan pilihan utama sebagai calon parti. Kerana itulah kita dapat melihat pertandingan merebut jawatan parti di peringkat bahagian begitu sengit sekali, dengan banyak pihak yang 'ditangkap' dan 'dihukum' kerana terbabit dalam politik wang untuk membeli undi.

Namun kini, bila Najib mencanangkan tentang hasrat parti itu untuk menyenaraikan 'calon boleh menang' dalam PRU13, maka ia sudah tentunya membuat penyandang jawatan di peringkat bahagian berada dalam kegusaran berdepan dengan kemungkinan sama ada akan dipilih atau diketepikan.

Pada masa yang sama, ia turut menyemai harapan baru kepada ahli-ahli Umno yang dilihat berkebolehan dan diterima masyarakat setempat untuk dipilih sebagai calon mewakili parti.

Itu satu masalah yang perlu ditangani oleh pucuk pimpinan. Sekiranya calon-calon yang dipilih nanti tidak terdiri daripada penyandang jawatan di peringkat akar umbi, sudah pastinya unsur merajuk yang boleh mengakibatkan perbuatan sabotaj mungkin berlaku.

Masalah kedua yang dihadapi oleh Umno sekarang ialah sukar untuk mengatakan sama ada parti itu cukup kuat dan cukup bersedia untuk berdepan dengan PRU13 yang perlu diadakan menjelang bulan Mac tahun depan.

Apakah Umno sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila sekarang? Angin bertiup kencang yang mengatakan PRU13 akan diadakan pada hujung bulan Jun atau awal Julai ini.

Kekalahan 'psikologi'

Walaupun Najib mempunyai sehingga awal tahun depan untuk memanggil PRU13, tetapi jika beliau berbuat demikian, ia akan dilihat sebagai satu "kekalahan psikologi' kepada Umno. Ini kerana rakyat akan beranggapan Umno tidak berani turun ke gelanggang PRU13 lebih awal kerana tidak pasti tentang peluang untuk menang, khususnya
mengembalikan penguasaan dua pertiga di Parlimen dan merampas semula Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Serta kemampuannya untuk mempertahankan Perak, yang dirampas dari Pakatan Rakyat ekoran dua ADUNnya keluar parti.

Ini ditambah pula dengan pemberian durian runtuh RM500 kepada keluarga yang berpendapat di bawah RM3,000 serta agihan saguhati kepada bekas anggota pasukan keselamatan dan pasukan beruniform yang lain.

Umumnya, Mkekuatan BN terletak pada Umno dan disokong oleh anggota-anggota parti komponen dalam gabungan tersebut. Begitu juga dengan kedudukan Sabah dan Sarawak yang sentiasa menjadi 'penyelamat' kepada BN untuk kekal berkuasa.

Apabila BN menang besar pada 2004, Umno memperolehi sekitar 100 kerusi Parlimen dan gabungan itu kekal berkuasa dengan majoriti besar di Dewan Rakyat. Malah di Kelantan pun ketika itu, PAS kekal dengan hanya majoriti kerusi tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada 2008, apabila berlaku tsunami politik, Umno memenangi sekitar 70 kerusi parlimen manakala parti-parti komponennya yang lain di Semenanjung khususnya MCA, Gerakan dan MIC kalah teruk. Dan Sabah dan Sarawaklah yang menjadi penyelamat untuk BN kekal tetapi itupun masih belum cukup untuk mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, BN tumbang di Pulau Pinang kepada Pakatan. Gerakan kalah kesemua kerusi dan yang tinggal ialah 11 kerusi yang kesemuanya diwakili oleh ADUN Umno.

Maka bermulalah pelbagai analisa dibuat oleh kalangan parti-parti BN dan juga para akademik mengenai punca kekalahan teruk BN ketika itu. Dan antara punca utamanya sehinggakan Umno dan BN ditewas di sekitar 30 kerusi parlimen pada 2008 ialah kerana perbuatan sabotaj ahli-ahli parti itu sendiri.

Mengapa itu berlaku. Ia antaranya ekoran tindakan kepimpinan Umno pusat menukar calon-calon yang dikemukakan oleh pihak bahagian - yang merupakan penyandang jawatan - dan digantikan dengan muka-muka baru, termasuklah calon payung terjun di tempat lain. Ia juga dikaitkan dengan pasukan tingkat empat di Perdana Menteri ketika itu, yang dikatakan mencongak barisan calon BN, khususnya dari Umno. Dikhabarkan pasukan tingkat empat itu sudah tidak ada lagi.

Maka dibuatlah kesimpulan, jika parti itu tidak mengetepikan pemimpin akar umbi ini, maka peluangnya untuk kembali menang adalah lebih cerah. Dan pucuk pimpinan menekankan bahawa pihak bahagian akan diberi peranan utama dalam pemilihan calon yang boleh menang. Namun Ini pun masih merupakan satu andaian, sama ada itukah sebenar punca kekalahan calon-calon Umno dahulu.

Namun apa yang nyata, kekuatan Umno sebenarnya terletak di kawasan luar bandar. Boleh dikatakan sebahagian besar kerusi yang dimenanginya sama ada pada 2004 ataupun 2008 adalah dari kawasan tersebut.

Maka tidak hairanlah jika pentadbiran perdana menteri kini memberi tumpuan utama ke kawasan-kawasan berkenaan, termasuklah tanah guguran FELDA.
Kecenderungan pengundi muda
Dalam usahanya untuk mengukuh dan mengekalkan sokongan rakyat di kawasan luar bandar, namun Umno juga dilihat gusar apabila memikirkan kecenderungan pengundi muda untuk menyokong pembangkang. Ini dilihat daripada kejayaan calon-calon pembangkang untuk menang di kerusi bandar dan pinggir bandar, dalam jumlah yang mampu menafikan BN penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Mengapa itu terjadi. Mungkin kita boleh menuding jari kepada Umno sendiri. Kerana sebelum ini penyandang jawatan parti di peringkat bahagian merupakan pilihan utama menjadi calon, maka ada yang menghalang golongan muda, yang dilihat mampu menggugat kedudukan mereka, daripada menyertai parti itu.

Tindakan itu secara tidak langsung telah menjauhkan golongan muda daripada Umno dan sejarah perjuangannya. Malah, tindak-tanduk segelintir pemimpin bahagian yang menyekat mereka daripada menyertai Umno, kini telah memakan diri sendiri, di mana golongan muda kini beralih minat kepada parti pembangkang, terutamanya saingan utama Umno, iaitu PAS.

Kerana itulah, ada yang beranggapan sekiranya BN tidak mengadakan pilihan raya umum lebih awal pada 2008, kemungkinan ia akan kecundang terus sekiranya lebih ramai pengundi muda didaftarkan sebagai pengundi yang jumlah mereka mencecah ratusan ribu orang.

Dan kini mereka sudahpun mendaftar untuk mengundi dalam PRU13, maka bagaimanakah peluang BN kali ini. Soalan ini agak merisaukan kerana pengundi atas pagar yang dianggarkan sekitar 30 peratus jumlah pengundi keseluruhannya, tidak dapat dibaca hati nulari mereka.

Tarikh pilihan raya

Oleh itu, BN dilihat begitu berhati-hati dalam menentukan tarikh pilihan raya kali ini. Sudah pastinya BN, khususnya Umno, akan memastikan tarikhnya tidak akan menyebabkan penduduk luar bandar sukar untuk keluar mengundi. Jadi pastinya ia akan mengelak mengadakan PRU13 semasa musim banjir. Kebiasaannya, musim tengkujuh bermula pada bulan September sehingga awal tahun depan.

Begitu juga dengan musim umat Islam mengerjakan ibadat Haji. Malah, penulis yang baru pulang mengerja ibadat Umrah kira-kira sebulan lalu, dimaklumkan oleh petugas Tabung Haji di Mekah bahawa jumlah rakyat Malaysia yang mengerjakan Umrah sepanjang tahun, juga begitu ramai sekali.

BN juga perlu memastikan kedudukan sokongan untuknya di Sabah dan Sarawak. Kesilapan menentukan tarikh atau menangani isu-isu penting di kedua-dua negeri itu boleh membawa padah kepada BN. 

Dipetik dari : Malaysiakini