Sabtu, 12 Mei 2012
Jumaat, 11 Mei 2012
Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat pada akhir bulan ini akan keluar MCA
Bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan mengumumkan dalam bulan ini, menyertai salah satu parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat - Parti Tindakan Demokratik (DAP)!Ong Tee Keat adalah bekas presiden MCA paling lantang mengkritik beberapa polisi Barisan Nasional sejak kalah dalam perebutan jawatan Presiden di tangan Chua Soi Lek yang disokong Umno-APCO.
Tee Keat berkata, beliau akan membawa kumpulan pengikutnya, termasuk Ketua Wanita MCA Melaka, Xuexia, Pengerusi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Qingzhou Weng bersama bekas Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang.
Ong Tee Keat Ahli Parlimen Pandan, sekiranya dia menyertai Parti Tindakan Demokratik, pertempuran di kawasan parlimennya yang sama, akan membantu Parti Islam Semalaysia (PAS) mempertahankan kerusi DUN Chempaka yang disandang Exco Kerajaan Selangor, Iskandar A Samad seterusnya meningkatkan peratusan kemenangan Pakatan Rakyat.
Menurut sumber maklumat dalaman mengatakan bahawa selepas Tahun Baru Cina, Tee Keat bertemu dengan penyokongnya di satu lokasi yang dirahsiakan untuk meminta pandangan mereka tentang nasibnya dalam MCA.
Menurut sumber itu, bahawa penyokong memihak kepada keputusannya untuk meninggalkan MCA, kerana perjuangan yang berterusan dan tidak masuk akal dan tidak akan membawa MCA ke mana-mana.
Sumber yang mengatakan bahawa Tee Keat telah bertemu pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur untuk membincangkan masalah-masalah mereka, sebenarnya adalah Chua Jui Meng yang kini Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tee Keat dan Jui Meng selepas mesyuarat, menegaskan bahawa penghijrahan Tee Keat tidak akan mendesak untuk memperoleh jawatan, hanya mendengar kepada analisis Jui Meng bagaimana Pakatan Rakyat bakal membentuk kerajaan persekutuan dengan pelan peralihan kuasa yang teratur.
Tee Keat akan mengumumkan hasratnya dalam masa terdekat, dipercayai sebelum pembubaran parlimen yang dijangka 14 Mei ini. - by @tiewnama on twitter
Selasa, 13 Mac 2012
Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara
Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.
(Sumber : Malaysiakini)
Isnin, 12 Mac 2012
Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel

*Betapa kayanya PM kita..tu baru majlis tunang belum lagi majlis kahwin.
(Sumber : Malaysiakini)
Suami YB Menteri didakwa pecah amanah
KUALA LUMPUR, 12 Mac: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di mahkamah sesyen hari ini atas dakwaan pecah amanah dan melanggar Akta Syarikat.
Ia melibatkan wang bernilai RM49 juta namun beliau tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Dakwaan dibacakan ke atas Mohamed Salleh dengan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang membuat pengumuman akan meletakkan jawatan kabinetnya semalam, duduk di tempat pemerhati awam dalam mahkamah itu.
Turut serta dalam mahkamah adalah anaknya, Izmir yang turut menjadi pengarah dalam NFCorp tetapi dua lagi anaknya, Izran dan Izzana tidak kelihatan.
Pagi tadi tersebar berita pengarah NFCorp akan didakwa di mahkamah sesyen hari ini.
Semalam Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan akan meletakkan jawatan apabila tamat tempoh perlantikan beliau sebagai senator 8 April nanti.
Namun, ramai yang tidak bersetuju beliau meletakkan jawatan kerana beliau sebenarnya tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh tersebut.
Ekoran berita itu, hari ini media menyiarkan pula berita pemimpin kanan NFC akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.
Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp yang mendapat pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.
Ketika membentang laporannya hujung tahun lalu, Ketua Audit Negara menyatakan, ada masalah yang sedang menyelubungi projek ini.
Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat termasuk pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura, kereta mewah serta perlancongan mewah yang melibat wang NFC.
Ia bertentangan sama sekali dengan tujuan pinjaman mudah ini diberikan iaitu projek memajukan penternakan negara melalui pusat fidlot nasional.
Namun, ramai yang tidak bersetuju beliau meletakkan jawatan kerana beliau sebenarnya tamat tempoh perkhidmatan pada tarikh tersebut.
Ekoran berita itu, hari ini media menyiarkan pula berita pemimpin kanan NFC akan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.
Datuk Dr Mohamaed Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif NFCorp yang mendapat pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta.
Ketika membentang laporannya hujung tahun lalu, Ketua Audit Negara menyatakan, ada masalah yang sedang menyelubungi projek ini.
Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat termasuk pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura, kereta mewah serta perlancongan mewah yang melibat wang NFC.
Ia bertentangan sama sekali dengan tujuan pinjaman mudah ini diberikan iaitu projek memajukan penternakan negara melalui pusat fidlot nasional.
Ahad, 4 Mac 2012
Alahai Datuk Dr Mashitah,,,,
Dulu ramai benar yang nantikan penampilannya di kaca TV..Tapi sekarang beliau telah dilabelkan oleh setengah pihak sebagai "tukang fitnah seks dan porno kepada Pemimpin PR melalui artikel seks dan lucah di akhbar tempatan"dan beliau juga dinobatkan sebagai ustazah simbol seks". Itulah natijah yang terpaksa dihadapi bila menceburkan diri dalam bidang politik. Ingatkan dia dapat mengubah imej para pemimpin wanita dan Isteri-isteri pemimpin Islam kerajaan BN khasnya isteri PM dan Menteri Komunikasi yang nampak sangat tidak senonoh rambut mereka tapi sebaliknya beliau jauh berubah dari seorang pendakwah yang lantang kini menjadi tokoh yang dibenci khasnya bila beliau mempersendahkan Hukum Hudud.
Sabtu, 4 Februari 2012
Alahai....Datuk Sharizat
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.
Mengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang dipetik oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris sebagai
berkata sesiapa yang menjadi bebanan kepada parti perlu meletakkan jawatan, Shahrizat berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru sahaja pulang ke tanah air.
Katanya beliau sangat menghormati Rafidah dan akan terus berusaha memperkuatkan dan memperkukuhkan Wanita Umno supaya bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Menurutnya beliau yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah akan memulakan tugasnya semula Rabu ini.
Shahrizat bercuti rehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Langgan:
Catatan (Atom)


